Friday, February 6, 2009

Pembelajaran Akses Kendiri Minggu 3

TAJUK : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Soalan : Membuat nota lanjut tentang JSU


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Definisi :

Rancangan persediaan item (soalan), juga dikenali sebgai ‘Test Blue Print’ / ‘Test Specification’.

Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran.

Isi Kandungan :

Kandungan yang merupakan topik-topik pelajaran.

Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

Bentuk ujian : objektif, esei, amali, kertas kursus dan sebagainya.

Bilangan item yang mengikut bentuk kandungan dan aras kemahiran.

Kepayahan, kesukaran item 20% – 80%.

Kepentingan JSU :

Mengelakkan daripada sesuatu ujian dibina secara sembarangan.

Menjamin keesahan sesuatu ujian.

Timbulkan rasa kepentingan sesuatu toik dan aras-aras kemahiran.

Menentukan perseimbangan antara topik dengan aras-aras yang diuji.

Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

Memberi panduan bentuk soalan.

Mengambil kira bilangan masa yhang diperuntukkan untuk sesuatu topik.

Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.


Langkah-langkah pembinaan JSU:
1. Senaraikan tajuk yang hendak diuji.

2. Tentukan soalan yang hendak dibina.

3. Tentukan model aras kesukaran. Item lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif
Pendidikan Bloom.
4. Pastikan jenis ujian yang akan diuji.

5. Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen, penentuan arah aras kesukaran soalan
(mudah – sukar) dan tetapkan markah.

6. Nyatakan pelajaran, susunan kelas dan susunan nombor soalan mengikut tajuk.

No comments:

Post a Comment