Friday, February 6, 2009

Pembelajaran Akses Kendiri Minggu 5

TAJUK : JENIS PENILAIAN BAHASA

Soalan : Membuat nota ringkas tentang ujian formatif, sumatif, ujian kefasihan,
kemajuan, ujian bakat, dan ujian pencapaian.



JENIS PENILAIAN BAHASA

Ujian Formatif :

Tujuannya untuk menguji kemajuan dalam penguasaan sesuatu sub kemahiran.


Ujian Sumatif :

Menguji pencapaian murid untuk jangka masa panjang

Ujian Semester


Ujian Kefasihan :

Untuk tentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa.

Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.


Dinilai dari segi :

Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan terang

Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca

Intonasi dan nada yang betul

Pemilihan ungkapan yang jelas

Mimik muka yang jelas.

Posisi tubuh yang betul.

Kedudukan buku yang betul.

Pergerakan mata.

Pembacaan yang fasih boleh dikenalpasti struktur ayat.

Pembuatan menunjukkan ketika membaca boleh mengganggu kefasihan bacaan.


Ujian Kemajuan :

Digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.

Untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.


Ujian Bakat :

Untuk mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.


Terbahagi kepada dua :

Berasaskan kajian besar-besaran yang lebih mirip kepada bidang mekanikal.

Berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi memenuhi sesuatu keperluan.


Ujian Pencapaian :

Bertujuan untuk menentukan tahap pelajar telah kuasai kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar.

Soalan mestilah berkaitan dengan pelajaran yang telah diajar.

Dijalankan pada akhir kursus/setelah tamat sesuatu unit pembelajaran

Lebih rasmi dari ujian lain

Contoh : ujian akhir tahun, UPSR, PMR

Pembelajaran Akses Kendiri Minggu 4

TAJUK : PEMBINAAN UJIAN
Soalan : Membuat nota ringkas tentang soalan objektif dan subjektif.



SOALAN OBJEKTIF

Memerlukan pelajaran menulis atau pilih jawapan betul atau paling baik.

Pemeriksa yang berlainan memberi markah yang sama apabila bagi jawapan yang sama.

Dibentuk dari beberapa bentuk item objektif yang boleh diperiksa secara objektif.


Contoh ujian objektif :

Item jawapan pendek

Item jenis padanan

Item jenis aneka pilihan

Kloz

Item objektif boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :

Item respon bebas (sumbangan).

Item respon tetap (item objektif pilihan).


Item Respon Bebas :

Memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri di dalam ruang.

Biasanya jawapan ditulis dihujung soalan ataupun dalam kotak yang disediakan.

Item melengkapkan penyataan.


Item Respon Tetap :

Memerlukan pelajar memilih jawapan yang paling betul/tepat.

Jawapan mungkin dipilih daripada 2 atau lebih pilihan.

Bilangan padanan tidak terlalu banyak.


Item Aneka Pilihan :

Tergolong dalam item tetap kerana memberik tindakbalas terbatas.


Jenis Item Aneka Pilihan :

Berbentuk soalan

Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

Jenis jawapan terbaik

Analogi

Antonim

Jenis negatif

Mengisi tempat kosong

Jenis cantuman

Teknik kloz


Terdiri daripada 3 bahagian :

Stimulus (Rangsangan)
Bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan.

Stam
Berbentuk ayat, ayat tidak lengkap / soalan.

Jawapan pilihan
Bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.





SOALAN SUBJEKTIF

Definisi :

satu penyataan bersifat peertayaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran.


Dua Jenis Soalan Subjektif :

Struktur.

Esei.



Struktur :

Disusun dan diatur secara sistematik.

Terbentuk daripada 1 / 2 bahagian (jawapan mempunyai beberapa patah perkataan).


Esei :

Gerakbalas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri.

Boleh ukur peringkat kognitif yang tinggi.

Tindakbalas yang diberikan bersifat subjektif dan hadnya berbeza dari segi mutu/merit.


Prinsip :

Perlu semak sukatan pelajaran sebelum soalan di hasilkan.

Arahan mesti jelas.

Soalan yang ditulis secarfa padat dan jelas.


2 jenis iaitu :

Item tindak Balas Terhad (TBT)

Item Tindak Balas Lanjutan (TBI)

Pembelajaran Akses Kendiri Minggu 3

TAJUK : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Soalan : Membuat nota lanjut tentang JSU


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Definisi :

Rancangan persediaan item (soalan), juga dikenali sebgai ‘Test Blue Print’ / ‘Test Specification’.

Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran.

Isi Kandungan :

Kandungan yang merupakan topik-topik pelajaran.

Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

Bentuk ujian : objektif, esei, amali, kertas kursus dan sebagainya.

Bilangan item yang mengikut bentuk kandungan dan aras kemahiran.

Kepayahan, kesukaran item 20% – 80%.

Kepentingan JSU :

Mengelakkan daripada sesuatu ujian dibina secara sembarangan.

Menjamin keesahan sesuatu ujian.

Timbulkan rasa kepentingan sesuatu toik dan aras-aras kemahiran.

Menentukan perseimbangan antara topik dengan aras-aras yang diuji.

Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

Memberi panduan bentuk soalan.

Mengambil kira bilangan masa yhang diperuntukkan untuk sesuatu topik.

Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.


Langkah-langkah pembinaan JSU:
1. Senaraikan tajuk yang hendak diuji.

2. Tentukan soalan yang hendak dibina.

3. Tentukan model aras kesukaran. Item lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif
Pendidikan Bloom.
4. Pastikan jenis ujian yang akan diuji.

5. Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen, penentuan arah aras kesukaran soalan
(mudah – sukar) dan tetapkan markah.

6. Nyatakan pelajaran, susunan kelas dan susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Pembelajaran Akses Kendiri Minggu 2

TAJUK : TAKSONOMI DAN DOMAIN

Soalan : Membuat catatan tentang Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl.



TAKSONOMI DOMAIN KOGNITIF (BLOOM)

Bidang kognitif ialah bidang mengenai pengetahuan seperti fakta-fakta dan teori-teori.

6 Peringkat dalam Taksonomi Bloom

Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian


1. ARAS PENGETAHUAN

Keupayaan mengingat kembali fakta, idea, pendapat, prosedur dan peristiwa yang berlaku.

Tiga Jenis Pengetahuan :

Pengetahuan tentang fakta khusus.

Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.

Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang seperti mengetahui konsep dan generalisasi dan mengetahui teori dan struktur.

Ciri-ciri soalan berasaskan pengetahuan :

Memerlukan menggunakan proses mental untuk mengingat pengetahuan yang diminta.

Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pengajaran baru.

Jawapan dapat ditentukan dengan mudah samada betul atau salah.




2. ARAS KEFAHAMAN

Keupayaan pelajar memberi penghuraian atau makna kepada sesuatu perkara .

Tiga Aspek Kefahaman :

Penterjemahan (menterjemahkan maklumat dari satu bahasa ke bahasa lain dengan tidak mengubah makna asal).

Menafsir (menafsir idea yang disampaikan dalam bentuk tersurat atau tersirat).

Ekstrapolasi (Murid dapat membuat telahan/inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi/diterima).

Ciri-ciri soalan berasaskan kefahaman :

Soalan memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan kefahaman.

Penggunaan maklumat asas telah diajar.

Perlu bahan atau alat komunikasi untuk diterjemahkan, tafsir diekstraposikan.

Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat mereka sendiri.


3. ARAS APLIKASI

Keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah dalam situasi khusus dan situasi am.

Ciri-ciri soalan berasaskan aplikasi :

Menggunakan proses mental aplikasi.

Melibatkan tiga frasa iaitu prinsip, menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

Soalan berkaitan dalam masalah dalam situasi baru yang tidak sama dengan apa yang dibincangkan di dalam bilik darjah.



4. ARAS ANALISIS

Keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur.

Menekankan kepada keupyaan pelajar mengenal pasti unsur- unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.

Tiga Jenis Analisis :

Analisis unsur (keupayaan pelajar menentukan unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu dokumen).

Analisis hubungan (keupayaan pelajr menentukan hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam komunikasi).

Analisis prinsip (keupayaan pelajar mengenal pasti prinsip organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan analisis tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konsepsualisasinya.

Ciri-ciri soalan berasaskan analisis :

Menggunakan mentalis analisis, samada analisis unsur, hubungan atau prinsip organisasi.

Situasi masalah mestilah baru, tidak biasa dan berbeza dengan situasi pembelajaran.

Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada pelajar.
Soalan perlu fikiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.



5. ARAS SINTESIS

Keupayaan mengabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian.

Tiga Jenis Sintesis :

Penyampaian

Himpunan

Cadangan


6. ARAS PENILAIAN

Keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.

Pelajar membuat pertimbangan tentang nilai sesebuah idea, hasil kerja, penyelesaian bahan dan sebagainya.

Pertimbangan dibuat berdasarkan piawaian teretentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.




DOMAIN KRATHWOHL (AFEKTIF)

Tentang perasaan, emosi, sikap, penghargaan dan nilai.

Disusun oleh David R. Krathwahl, Benjamin Bloom dan Bertram.


6 Peringkat dalam Domain Krathwahl :

1. Penerimaan
2. Gerakbalas
3. Penilaian
4. Organisasi
5. Perwatakan

1. PENERIMAAN

Kesediaan seseorang penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan.

Bermula dengan kesedaran penerima.

ndividu akan bertindak secara terhad.


2. GERAKBALAS

Seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima (mempunyai motif yang tersendiri).

Motif ingi tahu boleh disebabkan seseorang bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.

Tindak balas akhir lahirkan rasa kepuasan dalam individu.



3. PENILAIAN

Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat.

Nilai ini boleh dianggap sebagai motif luaran.

Tiga Jenis Penilaian :

Penerimaan semua nilai (terima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yang jadi landasan).

Pemilihan nilai tertentu (memilih nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepadanya yang menjadi landasan).
Komitmen (memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan iaitu satu set nilai yang menjadi landasan pada perlakuannya).


4. ORGANISASI

Seseorang boleh susun semua nilai yang diterimanya kepada sesuatu sistem yang lebih praktikal.

Dua Peringkat Organisasai :

Mengkonsepsualisasi (nilai-nilai dan membentuk talian diantara).

Susunan nilai-nilai ini menjadi satu sistem nilai / kepercayaannya.


5. PERWATAKAN

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebgai satu cara hidup.

Pembelajaran Akses Kendiri Minggu 1

TAJUK : PENGERTIAN KONSEP

Soalan : Membuat catatan ringkas berkaitan konsep pentaksiran, pengujian, penilaian dan pengukuran.



PENTAKSIRAN

Konsep :

Satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk (murid) sesuatu proses pendidikan.

Tujuan :

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri :

Keobjektifan (ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan).

Kebolehtadbiran (kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah).

Kemudahtafsiran (maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran).

Kekomprehensifan (mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting).



PENGUJIAN

Konsep :

Satu teknik untuk mendapatkan maklumat secara objektif dan bersistem untuk mengukur perubahan tingkah laku individu.

Tujuan :

Memperolehi maklumbals pengajaran dan pembelajaran.

Memasukkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut kriteria.

Memilih murid untuk sesuatu tugas.
Mengkategorikan murid.

Menyelidik pengajaran dan pembelajaran murid.

Pelaksanaan :

Pemerhatian

Ujian bertulis

Ujian lisan



PENILAIAN


Konsep :

Proses untuk mendapatkan maklumat bagi membuat pertimbangan dan membuat keputusan menjadi matlamat akhir dalam penilaian.

Tujuan :

Mengukur kemajuan murid di akhir sesuatu unit pembelajaran (Penilain Formatif).

Dijalankan pada akhir tahun bagi tujuan memberi gred (Penilaian Sumatif).


Pelaksanaan :

Peringkat persediaan ujian.

Peringkat pentadbiran ujian.

Peringkat pemarkahan dan pengukuran.

Peringkat analisis.

Peringkat interprestasi dan tindakan.



PENGUKURAN

Konsep :

Merujuk kepada aktiviti penyelidikan atau pemerhatian yang dapat ditunjukkan secara kualitatif dan dapat memberikan jawapan dalam sesuatu pertanyaan.



Tujuan :

Membuat perbandingan dan kedudukan antara sesama pelajar dalam penguasaan pembelajaran mereka.


Pelaksanaan :


Ujian

Soal selidik

Senarai semak

Inventori

Sesuatu skala