TAJUK : PENGERTIAN KONSEP
Soalan : Membuat catatan ringkas berkaitan konsep pentaksiran, pengujian, penilaian dan pengukuran.
PENTAKSIRAN
Konsep :
Satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk (murid) sesuatu proses pendidikan.
Tujuan :
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri :
Keobjektifan (ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan).
Kebolehtadbiran (kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah).
Kemudahtafsiran (maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran).
Kekomprehensifan (mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting).
PENGUJIAN
Konsep :
Satu teknik untuk mendapatkan maklumat secara objektif dan bersistem untuk mengukur perubahan tingkah laku individu.
Tujuan :
Memperolehi maklumbals pengajaran dan pembelajaran.
Memasukkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut kriteria.
Memilih murid untuk sesuatu tugas.
Mengkategorikan murid.
Menyelidik pengajaran dan pembelajaran murid.
Pelaksanaan :
Pemerhatian
Ujian bertulis
Ujian lisan
PENILAIAN
Konsep :
Proses untuk mendapatkan maklumat bagi membuat pertimbangan dan membuat keputusan menjadi matlamat akhir dalam penilaian.
Tujuan :
Mengukur kemajuan murid di akhir sesuatu unit pembelajaran (Penilain Formatif).
Dijalankan pada akhir tahun bagi tujuan memberi gred (Penilaian Sumatif).
Pelaksanaan :
Peringkat persediaan ujian.
Peringkat pentadbiran ujian.
Peringkat pemarkahan dan pengukuran.
Peringkat analisis.
Peringkat interprestasi dan tindakan.
PENGUKURAN
Konsep :
Merujuk kepada aktiviti penyelidikan atau pemerhatian yang dapat ditunjukkan secara kualitatif dan dapat memberikan jawapan dalam sesuatu pertanyaan.
Tujuan :
Membuat perbandingan dan kedudukan antara sesama pelajar dalam penguasaan pembelajaran mereka.
Pelaksanaan :
Ujian
Soal selidik
Senarai semak
Inventori
Sesuatu skala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment