Friday, February 6, 2009

Pembelajaran Akses Kendiri Minggu 2

TAJUK : TAKSONOMI DAN DOMAIN

Soalan : Membuat catatan tentang Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl.



TAKSONOMI DOMAIN KOGNITIF (BLOOM)

Bidang kognitif ialah bidang mengenai pengetahuan seperti fakta-fakta dan teori-teori.

6 Peringkat dalam Taksonomi Bloom

Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian


1. ARAS PENGETAHUAN

Keupayaan mengingat kembali fakta, idea, pendapat, prosedur dan peristiwa yang berlaku.

Tiga Jenis Pengetahuan :

Pengetahuan tentang fakta khusus.

Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.

Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang seperti mengetahui konsep dan generalisasi dan mengetahui teori dan struktur.

Ciri-ciri soalan berasaskan pengetahuan :

Memerlukan menggunakan proses mental untuk mengingat pengetahuan yang diminta.

Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pengajaran baru.

Jawapan dapat ditentukan dengan mudah samada betul atau salah.




2. ARAS KEFAHAMAN

Keupayaan pelajar memberi penghuraian atau makna kepada sesuatu perkara .

Tiga Aspek Kefahaman :

Penterjemahan (menterjemahkan maklumat dari satu bahasa ke bahasa lain dengan tidak mengubah makna asal).

Menafsir (menafsir idea yang disampaikan dalam bentuk tersurat atau tersirat).

Ekstrapolasi (Murid dapat membuat telahan/inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi/diterima).

Ciri-ciri soalan berasaskan kefahaman :

Soalan memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan kefahaman.

Penggunaan maklumat asas telah diajar.

Perlu bahan atau alat komunikasi untuk diterjemahkan, tafsir diekstraposikan.

Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat mereka sendiri.


3. ARAS APLIKASI

Keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah dalam situasi khusus dan situasi am.

Ciri-ciri soalan berasaskan aplikasi :

Menggunakan proses mental aplikasi.

Melibatkan tiga frasa iaitu prinsip, menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

Soalan berkaitan dalam masalah dalam situasi baru yang tidak sama dengan apa yang dibincangkan di dalam bilik darjah.



4. ARAS ANALISIS

Keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur.

Menekankan kepada keupyaan pelajar mengenal pasti unsur- unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.

Tiga Jenis Analisis :

Analisis unsur (keupayaan pelajar menentukan unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu dokumen).

Analisis hubungan (keupayaan pelajr menentukan hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam komunikasi).

Analisis prinsip (keupayaan pelajar mengenal pasti prinsip organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan analisis tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konsepsualisasinya.

Ciri-ciri soalan berasaskan analisis :

Menggunakan mentalis analisis, samada analisis unsur, hubungan atau prinsip organisasi.

Situasi masalah mestilah baru, tidak biasa dan berbeza dengan situasi pembelajaran.

Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada pelajar.
Soalan perlu fikiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.



5. ARAS SINTESIS

Keupayaan mengabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian.

Tiga Jenis Sintesis :

Penyampaian

Himpunan

Cadangan


6. ARAS PENILAIAN

Keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.

Pelajar membuat pertimbangan tentang nilai sesebuah idea, hasil kerja, penyelesaian bahan dan sebagainya.

Pertimbangan dibuat berdasarkan piawaian teretentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.




DOMAIN KRATHWOHL (AFEKTIF)

Tentang perasaan, emosi, sikap, penghargaan dan nilai.

Disusun oleh David R. Krathwahl, Benjamin Bloom dan Bertram.


6 Peringkat dalam Domain Krathwahl :

1. Penerimaan
2. Gerakbalas
3. Penilaian
4. Organisasi
5. Perwatakan

1. PENERIMAAN

Kesediaan seseorang penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan.

Bermula dengan kesedaran penerima.

ndividu akan bertindak secara terhad.


2. GERAKBALAS

Seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima (mempunyai motif yang tersendiri).

Motif ingi tahu boleh disebabkan seseorang bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.

Tindak balas akhir lahirkan rasa kepuasan dalam individu.



3. PENILAIAN

Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat.

Nilai ini boleh dianggap sebagai motif luaran.

Tiga Jenis Penilaian :

Penerimaan semua nilai (terima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yang jadi landasan).

Pemilihan nilai tertentu (memilih nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepadanya yang menjadi landasan).
Komitmen (memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan iaitu satu set nilai yang menjadi landasan pada perlakuannya).


4. ORGANISASI

Seseorang boleh susun semua nilai yang diterimanya kepada sesuatu sistem yang lebih praktikal.

Dua Peringkat Organisasai :

Mengkonsepsualisasi (nilai-nilai dan membentuk talian diantara).

Susunan nilai-nilai ini menjadi satu sistem nilai / kepercayaannya.


5. PERWATAKAN

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebgai satu cara hidup.

No comments:

Post a Comment