Tajuk : Penilaian Kemahiran Bahasa
Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut:
i. Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar kuliah atau pengajaran guru;
ii. Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat;
iii. Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan
iv. Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan
v. Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan
vi. Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat
Mendengar Secara Aktif
Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar.
Tujuan Mendengar
• mendapatkan maklumat
• mencatat nota
• menjalankan atau menunaikan arahan
• mengecam bunyi
• mengenal pasti sesuatu perkara
• menjawab soalan
• mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar
• bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar
Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah:
i. Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa
ii. Berikan tumpuan kepada guru
iii. Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan
iv. Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya
v. Bersifat positif dan terbuka
vi. Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti
vii. Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah
viii. Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar
ix. Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda
x. Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur pula adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebut (artikulator) manusia. Ia tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi perlu ditiru atau diajuk.
Aspek yang ditekankan dalam kemahiran bertutur
• Sebutan
• Tekanan
• Mora
• Jeda
• Intonasi
• Nada
• Tatabahasa
• Kelancaran
• Kefasihan
• Laras bahasa
Penilaian Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Dalam kemahiran membaca terdapat dua tujuan iaitu serta merta dan lanjutan:
i. Serta merta
• Membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan.
• Membaca cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk habiskan sesuatu bahan bacaan.
ii. Lanjutan
• Membetulkan fahamannya yang salah, membanding fikiran dan pengalaman orang lain untk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri.
Proses membaca melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea dan membuat generalisasi dan penialain.
Jenis-jenis Bacaan :
• Mekanis
• Mentalis
• Intensif
• Ekstensif
Peringkat membaca :
• Kesediaan membaca
• Prabacaan
• Mekanis
• Membaca dan memaham
Penilaian Kemahiran Menulis
Dalam kemahiran menulis, pelajar harus berupaya menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat dan jelas tentang perasaan, pengalaman diri, dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan.
Aspek yang ditekankan semasa menulis :
• Ayat gramatis
• Tanda baca sesuai
• Ejaan betul
• Karya kreatif
• Tulisan cantik dan jelas
Peringkat Menulis
• Peringkat Pramenulis
• Peringkat Mekanis
• Peringkat Pelahiran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment