Tajuk : Penilaian Aktiviti Bahasa
FORUM
1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel
untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana
ia dijalankan secara formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana
pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk
meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif,
kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah,
menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat
umur pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas
aktiviti.
DEBAT
1. Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian
dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada
pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua
membangkang tajuk tersebut.
3. Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh
daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
4. Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan
berdasarkan tajuk yang diberikan.
5. Sekiranya pihak pencadang sedang memberi hujahnya dan didapati hujah
tersebut menggugat fakta atau fakta yang diberikan dianggap tidak sesuai
maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk
memperbetulkan fakta tadi dan sebaliknya.
6. Setelah selesai setiap daripada ahli dalam membentangkan hujah mereka ,
maka sesi pengulasan akan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada
ahli-ahli yang sudah melontarkan hujah mereka.
7. Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak akan
diberikan sekiranya lebihan masa digunakan.
PIDATO
1. Mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip
berdasarkan tajuk yang diberikan.
2. Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan
penonton.
3. Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan, memberi
interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang
diketengahkan.
4. Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta
berserta contoh yang diberikan.
PANTUN
• Kompenan dalam pantun :
Pembayang
Maksud
Tiga atau empat perkataan
Dua atau tiga suku kata dalam tiap-tiap perkataan
Rima ‘abab’
• Jenis-jenis pantun :
Pantun dua kerat
Pantun empat kerat
Talibon (enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat dan empat
belas kerat serangkap).
• Bentuk-bentuk pantun :
Pantun kanak-kanak
Pantun orang muda (pantun kasih sayang, pantun perpisahan, pantun dagang,
pantun kehibaan hati, pantun ketabahan hati, pantun sindiran dan pantun
jenaka)
Pantun orang tua (pantun nasihat, pantun adat dan pantun kiasan)
SYARAHAN
Langkah-langkah mempertingkatkan teknik bersyarah :
• Sediakan nota-nota yang mencukupi
• Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringkas perkara-perkara yang telah
dikaji terdahulu daripada itu.
• Syarahan boleh dimulakan dengan menimbulkan atau mengemukakan satu atau
beberapa masalah.
• Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkara-perkara penting sahaja.
• Syrahan tersebut disampaikan dalam bentuk pertuturan biasa. Jangan dibaca
sahaja, guru perlu menerangkan, membuat interpretasi, menghuraikan idea-idea
dan sebagainya.
• Tunjukkan rasa keyakinan diri semasa menyampaikan syarahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment